Perlembagaan ALTIMA

Perlembagaan ALTIMA. Sila klik di altima_constitution

Advertisements

Visi, Misi, Objektif dan KPI ALTIMA

altima big logo

Visi

Wujud sebagai sebuah persatuan bekas pelajar yand berdaya maju dalam segala segi dan bidang serta terunggul di malaysia ( exist as an organization of ex-student which has strength ability in all fields to be the “best” in Malaysia)

Misi

Bersatu membawa berkat.

Objektif

1. Persatuan sebagai landasan penyatuan pelajar (Foundation of ex- students unity)

2. Mewujud dan menyimpan maklumat bekas pelajar (Database) yang terkini (Establish and keeping up-to-date details/info of ex-students)

3. Menjalin hubungan dan berkerjasama dengan pihak sekolah, PIBG dan lain-lain organisasi (Networking and collaboration with school, PIBG and other organizations)

4. Merancang dan melaksanakan aktiviti demi kepentingan ahli persatuan, pelajar SMTM, pengurusan sekolah, PIBG, masyarakat dan negara ( Organize and implement of such activities which create benefit for members, students, teachers, PIBG, community and nation)

Key Performance Indicators (KPI)

1. Mempunyai bilangan ahli berdaftar seramai 5,000 orang pada tahun 2010 (To achieve 5,000 of total registered members by 2010)

2. Mempunyai aset tetap/semasa sejumlah RM 1,000, 000 juta pada tahun 2010 (To achieve RM 1, 000, 000 million of total fix/current asset by 2010)

3. Memastikan wujudnya networking di kalangan bekas pelajar dalam pelbagai bidang (Politik, ekonomi, sosial, Teknologi Dll) yang dapat menyumbang kepada persatuan, sekolah, masyarakat dan negara (To ensure an existence of networking between ex-student in varies fields i.e. politic, economic, social, technology, etc) enable significant contribution to Altima, school, community and nation)

Sejarah Penubuhan ALTIMA

Sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang telah diadakan pada jam 2.30 petang pada 5 November 1988 (Sabtu) yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, satu mesyuarat Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Melaka (PBPSMTM) telah turut diadakan pada jam 4.30 petang bertempat di Dewan Sekolah Menengah Teknik Melaka.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Salleh bin Abdullah yang juga merupakan bekas pelajar SMTM tahun 1980. Kehadiran dari kalangan bekas pelajar SMTM seramai 61 orang adalah sangat menggalakkan. Pemilihan telah dibuat dan Jawatankuasa Penaja (Protem Committee) yang terdiri daripada bekas pelajar seperti berikut telah ditubuhkan:

 

Bil.

Nama

Tahun Tamat SMTM

Jawatan

1.0

Hashim bin Buyu

1975

Presiden

2.0

Saadon bin Puji

1976

Naib Presiden

3.0

Mohamad Salleh bin Abdullah

1980

Setiausaha

4.0

Wang Kim Fong

1979

Bendahari

5.0

Rahmat bin Yusof

1975

Ahli Jawatankuasa

6.0

Mansor bin Mohd Said

1981

Ahli Jawatankuasa

7.0

Ahmad Misbah bin Md Jan

1976

Ahli Jawatankuasa

8.0

Zaini bin Deni

1978

Ahli Jawatankuas

Ahli Jawatankuasa

Mesyuarat telah disusuli dengan Majlis Minum Petang dan sesi bergambar. Majlis Makan Malam Kenang-Kenangan SMTM 1988 seterusnya telah diadakan pada jam 8.00 malam bertempat di Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Abd Rahim bin Tamby Chik selaku Ketua Menteri Melaka. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PIBG, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PBPSMTM, guru-guru dan pelajar-pelajar SMTM. Y.A.B. Ketua Menteri telah bermurah hati bersetuju untuk menyumbang sejumlah RM2,000.00 bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada PBPSMT.

 

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pertama telah diadakan jam 4.00 petang pada 24 Disember 1988 bertempat di SMTM. Akaun Bank PBPSMTM (No: 10110073123) telah dibuka dengan Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Melaka pada 27 Disember 1988. Sementara itu bagi memudahkan pengurusan ALTIMA yang mempunyai pejabat sekretariatnya di Subang Jaya, satu lagi akaun semasa No:010-30-1300975 telah dibuka dengan Bumiputra Commerce Bank Berhad, Cawangan Kelana Jaya, Selangor. Jawatankuasa telah merangka Perlembagaan PBPSMTM dan seterusnya Borang Permohonan Pendaftaran PBPSMT telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Melaka pada 21 November 1990 . Beberapa siri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan untuk merangka strategi dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sementara menunggu kelulusan pendaftaran. Melalui suratnya Bil. PPM/MEL.1520/90(10) bertarikh 21 Disember 1992 dengan rasminya PBPSMTM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan 1984 seterusnya Sijil Perakuan Pendaftran nombor 1191/92 (MELAKA) telahpun dikeluarkan.

PBSMTM telah terlibat secara langsung dengan pelbagai aktiviti-aktiviti demi kepentingan pelajar, pengurusan sekolah, dan PIBG seperti Hari Kerjaya, Minggu Orientasi Pelajar Baru, Ceramah Motivasi/Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM, Hari Keluarga, Sukan Bolasepak, Bola Tampar, Sepak Takraw, Pertandingan Ragbi Piala Presiden ALTIMA antara sekolah teknik negeri Melaka dan Majlis Makan Malam Tahunan sempena Mesyuarat Agung PBPSMTM yang diadakan secara bergilir-gilir di hotel terkemuka di Melaka (Ayer Keroh d’Village,) dan Kuala Lumpur dan Anugerah Pelajar Cemerlang PBPSMTM (ALTIMA). Biro Pengurusan, Biro Sosial, Kebajikan, Sukan & Rekreasi dan Biro Kewangan dan Keusahawanan. Persatuan juga telah menghasilkan cenderamata berupa Car Crest, Car Sticker, Tie Clips, Gold Keychain, Gold Pin, Car Sunshade, Ceramic Mug, Payung dan lain-lain lagi untuk dijual sebagai menambah dananya. Presiden ALTIMA telah diberikan penghormatan merasmikan Hari Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agong PIBG pada 3 Julai 1998. Beberapa orang AJK ALTIMA turut dilantik oleh pengurusan sekolah menganggotai School Advisory Committee (SAC) dan CAGILPUs. ALTIMA juga telah turut menyumbang set jersey bolasepak lengkap dengan shin-guard khusus untuk pasukan bolasepak SMTM.

Mesyuarat Agong dan Majlis Makan Malam Tahunan dengan tema Malam Gala ALTIMA-YSA telah diadakan pada 11 Februari 2000 bertempat di Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur . Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Pertunjukan fesyen pakaian traditional dan pengantin oleh model-model Yan Seri Andam (YSA) syarikat milik penuh salah seorang bekas pelajar SMTM telah turut memeriahkan majlis. Artis terkemuka Awie telah juga turut diundang sebagai penghibur. Majlis juga turut menganugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang ALTIMA kepada pelajar-pelajar SMTM yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beberapa siri perjumpaan serta jamuan tahunan telah diadakan selepas itu bertempat di Melaka dan di Kelang.

Pada 27 November 1999 satu perlawanan bola sepak persahabatan tiga penjuru telah diadakan di Stadium Kubu, Jalan Hang Tuah, Melaka. ALTIMA FC yang dianggotai bekas pelajar SMTM telah berlawan dengan PETRONAS FC dan SAMSUNG FC. Aktiviti sukan ini juga telah diteruskan dengan karnival pertandingan ragbi di antara Sekolah-sekolah Menengah Teknik seluroh negeri Melaka merebut piala Presiden ALTIMA yang telah diadakan di padang ragbi Sekolah Tinggi Melaka. Perlawanan ini sekaligus telah dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim di kalangan bekas pelajar SMTM dan keluarga mereka serta pelajar-pelajar sekolah teknik lain. Adalah menjadi harapan semua agar PBSMTM (ALTIMA) akan terus berkembang dengan lebih tepat kearah memenuhi visi, misi dan objektifnya

Sumber: http://diaspora-tech.com/altimaorg/background/altima-history.html

Forum Koop

koop altimaApa pandangan anda untuk Koop kita? Apa patut dibuat?

Shahrul  cadang ada 3 tunjang utama:

  1. Pemasaran
  2. Dobi dan katering
  3. Pendidikan dan ICT

Kita boleh jadikan cadangan ini sebagai asas perbincangan

Jika ahli ada syarikat, pasti ada produk dan khidmat yang boleh Koop pasarkan dan manfaatkan.