Forum Koop

koop altimaApa pandangan anda untuk Koop kita? Apa patut dibuat?

Shahrul  cadang ada 3 tunjang utama:

  1. Pemasaran
  2. Dobi dan katering
  3. Pendidikan dan ICT

Kita boleh jadikan cadangan ini sebagai asas perbincangan

Jika ahli ada syarikat, pasti ada produk dan khidmat yang boleh Koop pasarkan dan manfaatkan.

4 thoughts on “Forum Koop”

  1. Saya ingin bagi cadangan untuk bincangkan.

    Konsep Koop ALTIMA harus dilihat membantu ahli:

    Cadangan 1: CARUMAN BULANAN oleh ahli

    Pengalaman awal selepas graduate dulu, saya dapati ramai lepasan universiti hadapi masalah kewangan untuk membeli kereta, membeli alat elekrik dan perabot rumah yang tinggi harganya apabila menyewa rumah atau membeli rumah baru. Misalnya peti air, TV, mesin basuh, dapur dan perabot semuanya berharga lebih dari RM1000.00

    Dengan gaji permulaan, kadang lepasan uni tidak mampu untuk memiliki item yang PERLU.

    Jika bekas pelajar jadi ahli ALTIMA dan mencarum setiap bulan, sebanyak RM50.00 minima untuk tempoh 2 tahun misalnya, maka mereka layak meminjam wang Koop Altima sebanyak RMxxxx.00 misalnya dan pinjaman dibayar balik melalui potongan gaji

    Bergantung kepada jumlah caruman ahli, ahli layak meminjam pakej 1, 2 atau 3 yang ditetapkan oleh Koop ALTIMA

    Ahli boleh keluarkan semua wang caruman selepas setahun caruman,Caruman hanya melayakkan pencarum meminjam dan membeli produk melalui Koop.

    Pencarum tidak layak mendapat % keuntungan melainkan pencarum setuju membenarkan carumannya dilaburkan dalam perniagaan oleh Koop.

    2. PRODUK ELEKTIK dan PERABOT

    Koop ALTIMA boleh kerjasama dengan manufactures untuk bekalan alat elektrik dan perabot. Kos jualan akan rendah sedikit dari kos pasaran biasa. Ahli boleh beli produk dengan bayaran ansuran, melalui potongan gaji atau potongan dari bank.

    Ahli ALTIMA yang ada perniagaan berkaitan boleh menjadi pembekal.

    3. PELABURAN LANGSUNG

    Ahli boleh buat pelaburan langsung dalma Koop melalui kerjasama dengan syarikat syarikat berdaftar dengan Koop.

    Ahli ALTIMA dan warga ALTIMA (termasuk bekas guru dan PIBG) yang ada syarikat-syarikat berdaftar dengan Koop ALTIMA akan diberi keutamaan.

    Keuntungan pelaburan akan dibahagi % kepada pelabur

    4. PELABURAN CARUMAN

    Ahli Koop boleh tandatangan persetujuan untuk membenarkan Koop melaburkan caruman mereka dalam perniagaan yang dikira menguntungkan. Hasil keuntungan akan diberikan % kepada pencarum dan Koop dan ALTIMA.

    5. PELABURAN KEUNTUNGAN CARUMAN

    Ahli boleh melabur hasil keuntungan yang diberikan oleh Koop dan menyimpan caruman tanpa diusik.

    6. KHIDMAT RUNDINGAN

    Koop boleh tawarkan khidmat rundingan yang pelbagai dengan manfaatkan syaraikat-syarikat ahli ALTIMA yang berdaftar dengan Koop ALTIMA.

    Keuntungan Yuran perundingan akna dibahag % dengan pencarum, Koop, dan ALTIMA

  2. Assalamulaikum,

    Sebenarnya melalui koop, kita boleh memohon lesen “pajak gadai Ar-Rahnu” di Kementerian kerajaan tempatan. Perniaggan ini sangat menguntungkan koop. Modal permulaan memang agak tinggi – boleh dirujuk dengan “Bank Rakyat”. selain dari itu ianya juga dapat menyediakan peluang perkerjaan kepada ahli-ahli koop yang berminat.

Leave a Reply to z othman Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s