Profil Sekolah

logoSMTM

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap dibina pada tahun 1973. Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Pengetua Pertama ialah En Abd Rahim bin Yaakub. Buat permulaan kursus yang ditawarkan hanyalah Kursus Kejuruteraan Mekanikal – 2 kelas dan Binaan Bangunan – 2 kelas untuk Tingkatan 4. Pada tahun 1975 sekolah ini telah membuka lagi kelas Tingkatan 4 iaitu 2 lagi kelas Kejuruteraan Makanikal, 2 kelas Binaan Bangunan dan sebuah kelas Sains Pertanian.

Tawaran kursus semakin bertambah dan berubah dari masa ke semasa seperti Kursus Teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera dan Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984. Kelas Tingkatan 6 Rendah telah dibuka pada tahun 1976.

Pada 15 Julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka ketika itu Tuan Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.

majlis perasmian smt

Daripada perspektif perkembangan fizikal, pada peringkat awal sekolah ini mempunyai Blok Pentadbiran, 10 bilik darjah, 1 makmal Kimia, 1 makmal Fizik, 1 makmal Biologi, Blok Kejuruteraan, Blok Binaan Bangunan, Blok Pertanian, Blok Elektrik, dua bilik lukisan kejuteraan dan binaan, 1 bilik perpustakaan, 2 blok Asrama Putera (6 Kamar),1 Blok asrama puteri sebuah dewan makan asrama/kantin, sebuah kediaman Pengetua dan 1 blok rumah pekerja.

Dari segi kemudahan bersukan, terdapat sebuah padang bolasepak, bolajaring, 2 gelanggang sepak takraw dan 1 buah gelanggang bola tampar. Kini sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan, sebuah Pusat Sumber dan Perpustakaan baru. Pada hari ini terdapat 16 kelas kejuruteraan, 4 kelas pertanian dan 2 kelas perdagangan dalam kedua-dua Tingkatan 4 dan 5. Pada masa dahulu sekolah ini juga mempunyai 2 kelas Tingkatan 6 Bawah dan 2 kelas Tingkatan 6 Atas tetapi telah dimansuhkan. Kini, kelas tingkatan 6 tidak wujud lagi.

Jumlah pelajar SMKTM pula ialah seramai lebih kurang 800 orang dengan 52 orang tenaga pendidik. Mulai tahun 1994, Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini. Pelajar SMKTM hanya terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Pada tahun 1999, SMKTM menyambut perayaan jubli perak sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Secara keseluruhannya…SMKTM kini sudah berwajah baru dan moden. Antara guru-guru yang terawal bertugas di sekolah ini ialah En Mohd Naseh Moksan, En Mat Nadsri Basiron, Dr Lee Ong Kim, Mr Yoong, En Mohamed Subuh, Pn Agnes, En Hashim Pit & Pn Rashimah Md Sam.

BENDERA SEKOLAH

Benderasmktbp

Bendera & logo rasmi sekolah direka oleh Pengetua Pertama – En Rahim bin Yaakub.

lencana dan warna

VIDEO KORPORAT SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Menjunjung Lambang

Kami pelajar Teknik Bukit Piatu
Berikrar penuh azam dan cita
Sentiasa tekun usaha jaya
Ilmu dituntut setiap masa

Kami setia menjunjung lambang
Semangat cekal dalam berjuang
Bersatu bekerjasama
Menuju bakti Alma Mater.

Lirik : Mohd Naseh Mokhsan / Nadzri Basiron
Muzik : Lim Ong Kim

HUBUNGI SEKOLAH

Pengetua

Sekolah Menengah Teknik,  Bukit Piatu,  Melaka

Tel:  06-2822936
Faks: 06 -2819066

Laman web SMTM http://teknikmelaka.wordpress.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Alumni SM Teknik Melaka

%d bloggers like this: