Sekapur Sirih

zulkifli1DAHULU ADALAH KENANGAN, HARI INI PERJUANGAN….ESOK ADALAH HARAPAN

ASSALAMUALAIKUM WBT dan SALAM SEJAHTERA
Salam Muhibbah kepada semua warga ALTIMA, Alhamdulillah, dalam kesempatan ini marilah kita merakamkan rasa syukur kehadrat Ilahi diatas segala kurniaaNya yang tak terhitung nikmat dan rahmatNya.

Mengimbau waktu silam,tempoh dua tahun yang kita lalui secara bersama sebagai pelajar dann anak didik Sekolah Menengah Teknik Melaka,Bukit Piatu. Kita pernahh bersama duduk belajar dibawah satu bumbung,satu guru, satu makmal, satu bengkel, satu kebun, makan satu menu, bermainn satu pasukan, berhujah satu pentas dan semuanya dalam satu kenangan.

Hari ini ada antara dari warga ini telah pun berjaya menempah nama dalam setiap bidang yang mereka terokai, menjelajahi di merata ceruk rantau dunia kerana menuntut ilmu, berkhidmat demi Negara mahupun yang mengushakan perniagaan sendiri. Lantaran itu, saya yakin melalui perjalanan hidup yang panjang dan berbeza ini, Tentu sekali banyak pengajaran,pedoman yang boleh kita kongsi bersama dalam usaha meneruskan perjuangan kehidupan hari ini..

Jesteru itu,ALTIMA adalah pentas dan wadah bagi kesemua warganya untuk duduk bersama kembali bagi mempertautkan dan mengeratkan kembali talian silaturrahim kita, membina semula rangkaiann jaringan, memperkukuhkan azam dan dorongan untuk terus menuju kejayaan dan berusaha secara bersama untuk memepersadakan ALTIMA sebagai satu harapan untuk kita tinggalkan buat generasi kita..

Maka adalah diharapkan keahlian kita bersama ALTIMA benar-benar dapat menyatukan kita semua.ALTIMA hanya akan dapat dimartabatkan melalui usaha kita pada hari ini, setelah USAHA ini, kita jayakn secara ikhlas dan penuh muafakat.

Terima kasih daun keladi, pakat kawan-kawan jadi ahli.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Zulkefly bin Hj Othman

Presiden ALTIMA (2013-2015)

Leave a comment

Alumni SM Teknik Melaka